Samstag, 25. Juli 2009

Cahida's Chicken Rice

Ade satu mase ni cahida tringin sgt nk mkn nasi ayam. Kt negara org ni biasela.. trigin nk mkn ape².. ha pepandaila nk wat sendiri. So cahida pon cari2 la resepi kt tenet. Cari punya cari bykla pulak version nasi ayam ni. Cahida kalau bole nk buat yg paling sng tapi sedap.
So bile dh tgk² resepi kt tenet..cahida pon buatla kesimpulan dan ciptala resepi sndiri..hehe. Nasi tu kalau nk konfem sedap.. masak je ngan sup ayam..haa..kan senang!hehe. Tp tumis tu tetap tumis sbb rase minyak sapi tu memainkan pranan jgk tu.. kalu agak2 sup ayam tu x cukup utk mkn ngan nasi nnti.. tambah air dan masukkn kiub pati ayam je.. senang=D.
Ayam tu pon main marinade je.. yg pasti kena letak kicap pekat manis. Bole tahan rasenye.. sbb bile kite roastkan isi ayam jadi lembut dan kulit jadi garing..
hmm..lecker!

Bahan² utk nasi :
4 cawan beras basmathi ~ dibersih dn ditoskan
1 s/b minyak masak
1 s/b minyak sapi
2 biji bawang merah ~ dihiris
Sekuntum bunga lawang
Kulit kayu manis
2 biji buah keras
Sup ayam*
Method :
Panaskan minyak+minyak sapi dlm periuk nasi. Tumiskan bawang merah bersama rempah ratus hingga garing. Masukkan beras dan kacau seketika. Masukkan sup ayam mengikut sukatan yg betul. Bila nasi dh masak, taburkan ngan bawang goreng.

Bahan² utk sup ayam* :
6 Kepak ayam ~ dipotong kecil
2 biji bawang merah ~ dihiris
1 ulas bawang putih ~ dihiris
Sekuntum bunga lawang
Sekuntum bunga cengkih
1 Btg kulit kayu manis
2 biji buah keras
2-3cm Halia ~ diketuk
1 btg serai ~ diketuk
Sedikit perahan jus limau nipis/lemon
garam
Method:
Tumiskan bawang² dan rempah ratus hingga garing. Masukkan air,halia,serai dan kemudian ayam. Perlahankan api. Bile ayam dh masak, perahkan jus limau nipis dan perasakn dgn garam. Bila dihidang jgn lupe taburkn ngan daun bawang dan daun sup.

Bahan² utk ayam :
1-2 ekor ayam
1 cawan kicap pekat manis
2 cm halia ~ diketuk
Sedikit serbuk lada hitam
Garam
Method :
Ayam dibersihkan terlebih dahulu tp x perlu ditoskan(so that air ayam akan kluar dan sgt penting utk roast the chicken..mandi²kn ayam tu nnti. Kalu air ayam sikit sgt bolela tambah air sndiri). Lumurkan ayam dgn bahan² diatas dan perap sekurg²nya sejam(Lg lame lg sedap..=))
Susunkan ayam dlm bekas pembakar bersama air perapan dan bakar @ 200°C selama 2-3 jam. Setiap stgh jam keluarkn dan mandi²kn ayam tu dgn air perapan tu.

Bahan utk kicap :
Air perapan ayam yg siap dibakar
Method :
Cuma didihkan sahaja.

Bahan² utk sos :
2 biji tomato
2 tangkai cili hidup
2 tangkai cili padi
2 ulas bawang putih
Sedikit perahan limau nipis
gula
garam
Method :
Blendkan tomato, cili² dan bawang putih. Kemudian perahkn sedikit jus limau nipis dan perasakan dgn gula dan garam. (Kalau suke sos yg likat, panaskan atas api dan masukkn sedikit tepung jagung yg telah dibancuh dgn sedikit air)

Keine Kommentare: