Samstag, 25. Juli 2009

Cahida's Chicken Rice

Ade satu mase ni cahida tringin sgt nk mkn nasi ayam. Kt negara org ni biasela.. trigin nk mkn ape².. ha pepandaila nk wat sendiri. So cahida pon cari2 la resepi kt tenet. Cari punya cari bykla pulak version nasi ayam ni. Cahida kalau bole nk buat yg paling sng tapi sedap.
So bile dh tgk² resepi kt tenet..cahida pon buatla kesimpulan dan ciptala resepi sndiri..hehe. Nasi tu kalau nk konfem sedap.. masak je ngan sup ayam..haa..kan senang!hehe. Tp tumis tu tetap tumis sbb rase minyak sapi tu memainkan pranan jgk tu.. kalu agak2 sup ayam tu x cukup utk mkn ngan nasi nnti.. tambah air dan masukkn kiub pati ayam je.. senang=D.
Ayam tu pon main marinade je.. yg pasti kena letak kicap pekat manis. Bole tahan rasenye.. sbb bile kite roastkan isi ayam jadi lembut dan kulit jadi garing..
hmm..lecker!

Bahan² utk nasi :
4 cawan beras basmathi ~ dibersih dn ditoskan
1 s/b minyak masak
1 s/b minyak sapi
2 biji bawang merah ~ dihiris
Sekuntum bunga lawang
Kulit kayu manis
2 biji buah keras
Sup ayam*
Method :
Panaskan minyak+minyak sapi dlm periuk nasi. Tumiskan bawang merah bersama rempah ratus hingga garing. Masukkan beras dan kacau seketika. Masukkan sup ayam mengikut sukatan yg betul. Bila nasi dh masak, taburkan ngan bawang goreng.

Bahan² utk sup ayam* :
6 Kepak ayam ~ dipotong kecil
2 biji bawang merah ~ dihiris
1 ulas bawang putih ~ dihiris
Sekuntum bunga lawang
Sekuntum bunga cengkih
1 Btg kulit kayu manis
2 biji buah keras
2-3cm Halia ~ diketuk
1 btg serai ~ diketuk
Sedikit perahan jus limau nipis/lemon
garam
Method:
Tumiskan bawang² dan rempah ratus hingga garing. Masukkan air,halia,serai dan kemudian ayam. Perlahankan api. Bile ayam dh masak, perahkan jus limau nipis dan perasakn dgn garam. Bila dihidang jgn lupe taburkn ngan daun bawang dan daun sup.

Bahan² utk ayam :
1-2 ekor ayam
1 cawan kicap pekat manis
2 cm halia ~ diketuk
Sedikit serbuk lada hitam
Garam
Method :
Ayam dibersihkan terlebih dahulu tp x perlu ditoskan(so that air ayam akan kluar dan sgt penting utk roast the chicken..mandi²kn ayam tu nnti. Kalu air ayam sikit sgt bolela tambah air sndiri). Lumurkan ayam dgn bahan² diatas dan perap sekurg²nya sejam(Lg lame lg sedap..=))
Susunkan ayam dlm bekas pembakar bersama air perapan dan bakar @ 200°C selama 2-3 jam. Setiap stgh jam keluarkn dan mandi²kn ayam tu dgn air perapan tu.

Bahan utk kicap :
Air perapan ayam yg siap dibakar
Method :
Cuma didihkan sahaja.

Bahan² utk sos :
2 biji tomato
2 tangkai cili hidup
2 tangkai cili padi
2 ulas bawang putih
Sedikit perahan limau nipis
gula
garam
Method :
Blendkan tomato, cili² dan bawang putih. Kemudian perahkn sedikit jus limau nipis dan perasakan dgn gula dan garam. (Kalau suke sos yg likat, panaskan atas api dan masukkn sedikit tepung jagung yg telah dibancuh dgn sedikit air)

Spinach Quiche


Pizza Crust :
3/4 cup warm water
1/2 packet active dry yeast
1 3/4 cup bread flour
1 Tbs oil
1 tsp salt
1/2 tsp sugar
(Mix all the ingredients above and knead quickly to form a smooth and elastic dough. Cover the dough and leave it to prove in a warm place for at least 30 minutes.)

Spinach :
500g spinach leaves
A cup of water
A pinch of salt
(Mix the water with salt and bring it to boil. Add the spinach leaves and leave for 5 minutes to boil. Then drain them well.)

Tuna :
4 cans of tuna fish(with sauce)
1 big onion
1 tsp of lime/lemon juice
(Chop the onion into cubes. Heat the oil from the tuna cans and fry the onion till tender. Then add all the tuna fish and fry till a bit dry. And set aside.)

Other ingredients :
250ml whipped cream
2 eggs
pepper
salt
mozarella cheese ~ grated
oregano

Method :
1. Grease the baking tin. Roll out the dough on a floured surface. Place the dough into the baking tin, making a 3 cm edge around the side. Let it rest again for at least 15 minutes.
2. Spread the tuna and then the spinach evenly.
3. Whisk the eggs and the whipped cream in a separate bowl until they are completely mixed. And taste it with a little bit of pepper and salt.
4. Carefully pour the egg mixture into the pizza crust, over the spinach tuna mixture.
5. Spread a thin layer of mozarella cheese and oregano over the top.
6. Bake it in preheated oven @ 200°C for 30 minutes.
7. If the center has not fully set, then leave the quiche in the oven for a few more minutes, checking to ensure that it's completely cooked through.

Freitag, 24. Juli 2009

Banana Cake

Kek pisang ni teramat mudah caranye nk buat. Mase tu nk mkn mase tu bole buat. Sgt gebu dan sedap. Cahida amek resepi ni kt my resepi. 1st try buat mmg sedap cume kt bhgn bawah kek tu kurg masak. Tp still sedpla kan.. pisang kan. So cahida assume kurg tepung la.. And smlm try.. cahida tambahkn kuantiti tepung dan gula. Alhamdulillah hasilnya bertambah baik.. =)

Sumber Resepi : my resepi

Bahan² :
4 Biji pisang(sederhana besar)~dilecek
3 Biji telur
125g Gula putih(cahida lebihkn sket)
60g Gula perang
1 tsp Esen vanilla (cahida ganti ngn 2 Peket Vanilla Sugar)
125ml Minyak jagung (yg ni cahida gune vegetable oil)
200g Tepung (resepi asal 185g)
1/2 tsp Serbuk penaik
1 tsp Soda bikarbonat
1/2 tsp cinnamon powder (omit this.. sbb x suke)
1/4 cawan plain yogurt drink (omit jgk.. sbb rase cam x perlu)
Secubit garam

Method :
1. Panaskan oven pada suhu 180°C dan sapukan sedikit marjerin pada bekas pembakar.
2. Campurkan tepung,soda bikarbonat,serbuk penaik dan garam. Ayak dan ketepikan.
3. Di dalam satu mangkuk, pukul gula putih bersama telur hingga hampir kembang. Masukkan gula perang dan vanilla sugar. Pukul lg hingga kembang.
4. Masukkan minyak dan pisang lalu dikacau hingga sebati.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
6. Tuangkan kedalam bekas pembakar dan bakar selama 40-45 minit.

Samstag, 4. Juli 2009

Asam Pedas Ikan Pari

Bahan² :
Ikan pari ~dilumur dgn sedikit serbu kunyit+garam(utk digoreng terlebih dahulu)
2 Biji bawang besar*
1 Biji Paprika bulat/panjang* (nak gune cili kering pon bole. Cahida x gune sbb cili kering sini terlalu pedas)
2 tsp serbuk cili* (nk kasi pedas)
sedikit belacan*
5-6 biji lada hitam*
2 btg serai ~dititik
Air asam jawa
Daun kesom
Garam
Gula

Method :
1. Kisar semua bahan yg bertanda *.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan pari hingga hampir garing. Kalau xnak goreng pon takpe.(cahida goreng dulu sbb xnak ikan tu hancur sbb ikan kt sini x brape nk fresh)
3. Setelah siap, tumiskan serai ke dlm minyak yg sama hingga naik bau.
4. Masukkn bahan² yg dh dikisar dan tumis hingga garing.
5. Kemudian masukkn air asam jawa,garam dan gula secukup rase.(Air asam jawa lebihkan sket bg masam² sket baru sedap.=))
6. Masukkn ikan pari dan daun kesom dan masakkn diatas api yg perlahan hingga ikan tadi sebati dgn kuah.

Donnerstag, 2. Juli 2009

Kuzi Ayam & Roti Jala

**Kuzi Ayam** (Resepi Mama)
Bahan² :
1 ekor ayam
2 ulas bawang putih(ditumbuk)
100g bawang merah(berat bwg yg telah digoreng)
Hati ayam(dipotong kecil dan digoreng)
Buah badam(dihiris nipis dan digoreng)
kismis(digoreng)
1/2 botol sos tomato
1/2 tin susu cair(ideal/carnation)
4 s/b susu manis
4 s/b rempah kuzi
4 s/b minyak sapi
4 s/b minyak masak
5 cawan air
garam
gula

Method :
1. Kisar bawang goreng + sedikit air + susu cair + susu manis + sos tomato.
2. Kemudian goreng ayam terlebih dahulu hingga separuh masak.
3. Gunakan minyak yg sama dan tumiskan bawang putih hingga garing.
4. Kemudian masukkn rempah kuzi + bahan yg dah dikisar td dan tumis hingga betul² garing.(Kalau x masak betoi² nnti x sedap.. rase rempah je nnti)
5. Pastu bolela masukkn ayam + air dan jgn lupe perlahankan api.
6. Masak ayam ni sampai naik minyak.(Mengambil masa jgk ni.. so jgn panik ok!)
7. Kemudian baru masukkn bahan² yg tlh digoreng td(hati,kismis,badam).
8. Biarkan seketika dan sedia utk dinikmati.

**Roti Jala**
ni slalunye cahida buat mmg xde sukatan betul² pon ni.. main campur je. Sbb makcik pon ajar camtu..hmmm. Takpe next time buat cahida akn sukat bebtul n will update the exact amount later ok. =)
Bahan² :
Tepung gandum
1 biji telur
satu tin susu cair
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit air(utk adjust kepekatan)

Method :
1. Blendkan semua bahan² ni dan tapis.
2. Try testing menggunakn tool roti jala.
3. Sapukan pan yg tlh dipanaskan dgn sedikit minyak terlebih dahulu.
4. Kemudian bolela mulakan operasi menjala. Kalau jala putus²..maksudnya adunan perlu dicairkn sedikit. InsyaAllah lps 3-4 kali cubaan.. hasilnya akan b'tmbh baik.

Good Luck! =D

Chicken Nugget

Bahan² :
Isi ayam(cahida gune separuh dada ayam)
1 btg lobak merah(direbus hingga empuk)
3 biji ubi kentang(direbus hingga empuk)
Sedikit daun sup(cahida gune yg kering dlm botol)
Garam sikit
Lada sulah sikit
~untuk menggoreng~
tepung tempura**(dibancuh dgn air)
serdak roti(bread crumb)
minyak

Method :
1. Isi ayam dibersihkn dan ditos terlebih dahulu. Kemudian dikisar.
2. Setlh hancur masukkn kedlm bekas bersama² lobak dan kentang td. Lenyek²kan.(Cahida lenyekkn gune garpu aje)
3. Kemudian masukkn garam+lada sulah+daun sup dan ulikan hingga sebati.
4. Dah sebati, letakkn atas aluminium foil dan balut serta mampatkn dlm bentuk memanjang seperti lemang.
5. Simpan dlm freezer lebih kurg satu jam.(Kalau nk buat simpan utk stok digoreng bile² pn bole)
6. Keluarkn dan tanggalkan alu foil tadi.(Kalau masih terlalu keras, biarkn seketika. Tp jgn biarkn sampai lembik balik ok)
7. Potong²kn setebal lebih kurg 1 1/2 cm.
8. Celupkn ke dlm tempura flour kemudian ke dlm bread crumb.
9. Kemudian sedia utk digoreng. =)

**Note : Tepung tempura ni akn buat isi ayam ni lembut tapi rangup kt luar =). Kalau kt aachen ni bole beli kt asiamarkt. Kalau kt mesia ade kot kt mane²..

Mittwoch, 1. Juli 2009

Sotong Goreng Kunyit

Bahan² :
Sotong(lumur dgn garam+serbuk kunyit)
~Tumisan~
2 btg serai(dititik)
1/2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
Sedikit halia*
Setangkai cili hidup/cili padi*
(*ditumbuk)
~Dipotong kasar~
Sebiji bawang besar(nk ltk lebih sket pn bole)
Cili hidup
Cili padi(ni xyah potong..patahkn aje @ masukkn je camtu)
Sedikit daun ketumbar.

Method :
1. Panaskan 3-4 sudu besar minyak dan tumiskn bhn² di atas.
2. Setlh naik bau. Masukkn sotong dn biarkn hingga separuh masak.
3. Masukkn bhn² yg tlh dipotong kasar.
4. Tunggu bawang ape sume tadi dh layu sket..barula sedia utk dihidang =)