Mittwoch, 9. September 2009

Dalca Tulang


Bahan² :
1 kg Daging bersama tulang
1 mangkuk kecil minyak (utk menumis)
1 mangkuk kecil Bawang merah/Bawang besar ~ dihiris
5 ulas Bawang putih ~ dihiris
Sedikit Halia ~ ditumbuk (nk hiris pon bole.. tp cahida x suke sbb nnti tergigit x best)
2 s/b Cili kering ~ yg telah dikisar
1 tangkai kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 Paket Rempah kari ayam/daging
2 keping Asam gelugor
Lobak Merah ~ dipotong panjang²
Terung panjang/bulat
Tomato ~ dibelah empat
Ubi kentang
Kacang panjang ~ dipotong 4cm pjg
Cili hijau/merah ~ dibelah
Sedikit santan (ikut citarasa anda)
Garam & gula

Method :
1. Panaskn minyak dan tumis bahan² yg telah dihiris bersama rempah ratus(bunga lawang dan sbgnye)hingga betul² garing.
2. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air dan cili yg telah dikisar.
3. Masak hingga rempah wangi dan garing.
4. Tambahkan air dan masukkn daging bersama asam keping.
5. Masak atas api perlahan hingga daging hampir empuk.
6. Masukkan santan dan perasakn dgn garam gula.
7. Akhir skali jgn lupe masukkn sayur²annya.
8. Bila sayur² dh empuk dan kuah dah pecah santannye, bolela diangkat dan dihidang.

Sekian...
Sedap nih mkn ngan nasi + sambal belacan !!! =D

Keine Kommentare: