Samstag, 29. August 2009

Resepi Lauk Pauk akan dtg...

Ni antara resepi lauk pauk yg akn cahida share bersama. Tp buat mase skrg cahida still x sempt nk menaip resepinye.. kalo resepi amek dr memane senang sket.. cut & paste je.. ni kena taip sendiri.. tu yg lambt sket tu..
lgpon haritu cahida sibuk toilet train si nabhan.. n alhamdulillah skrg dia dh fully toilet trained.. after 4days dh tade accident 'ter'² ni.. hehe..
tp skrg ni cahida dok busy ngan projek baru pulak.. projek bln pose n sempena hari raya.. doakn semuanya berjln lancar ok.
Harap setia menunggu resepi² ni... =)





Donnerstag, 27. August 2009

Laksa Kulim


KUAH LAKSA

Bahan² :
4-5 biji Bawang besar ~ dikisar
10 tangkai Cili kering ~ dikisar (Cahida campur paprika sbb cili kering sini xtra hot)
Belacan sebesar ibu jari ~ dikisar
10 keping Asam gelugor (Asam keping)
1 tangkai Bunga kantan ~ dibelah dua
12 ekor ikan kembung ~ direbus
1/4 kerat Nenas ~ dikisar
Daun kesom
Garam

Method :
1. Masukkn semua bahan kisar bersama dgn asam keping dlm satu periuk dan masakkn atas api.
2. Asingkn isi2 ikan yg telah direbus dan kisar halus.
3. Kemudian campurkan ke dlm kuah yg sedang dimasak tadi.
4. Tulang² ikan tadi juga dikisar dan ditapis airnya utk dicampurkn ke dlm kuah jgk.
5. Masukkn nenas yg telah dikisar.
6. Akhir sekali daun kesom.
7. Perasakan dgn garam.
8. Kalau rase x cukup masam.. tambah asam keping lg. (Yela ade asam keping besar ade yg kecik sikit.. so xleh nk ikut 100% jgk resepi cahida ni ye sbb kekdg size bahan² yg kite gunekn x same.. jadinye kena agak² jgk la k)

Tip :
~ Kuah laksa ni bile dh diperangat²(dipanaskn byk² kali) lg sedap.. sbb rasenye semua makin sebati. =)

SAYUR² TARUH ATAS
Salad
Timun
Bawang
Nenas
Cili padi/Cili merah
Daun selom
Telur rebus

Montag, 24. August 2009

Masak Lemak Lobak Putih

Bahan² :
Lobak Putih ~ dibuang kulit dan dihiris nipis
1 biji Bawang besar
2 ulas Bawang putih
1 s/b Rempah kari udang/ketam/ikan kering
Santan
1 biji Telur ~ pecahkn & dikacau sket
Suhun ~ rendam dlm air hingga lembut
Garam
Gula

Method :
1. Blend bawang besar, bawang putih dan rempah kari bersama sedikit air.
2. Tuangkan bahan kisar ke dlm periuk dan masakkan di atas api hingga hilang bau bawang.
3. Masukkan lobak putih dan tambahkn air hingga semua lobak tenggelam.
4. Bile dh hampir empuk, masukkn santan dan perasakn dgn garam dn gula.
5. Bile dh mendidih, tuangkn telur dan kacau perlahan².
6. Last skali masukkn suhun dan kacau seketika sahaja. Siap :)

Sonntag, 23. August 2009

Kurma Daging

Bahan² :
1kg Daging
5 biji Bawang merah ~ dihiris
2 ulas Bawang putih ~ dihiris
Sedikit halia ~ ditumbuk(slalu org hiris je.. tp cahida x suke nnti termkn x sedap)
Sekuntum bunga lawang
Kulit Kayu manis
2 biji Buah keras
1 paket Rempah kurma Adabi
3 biji Ubi kentang
3-4 biji Cili padi (optional sbb nk kasi pedas)
250ml Santan
Santan
Garam
Gula

Method :
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus hingga garing.
2. Masukkn rempah kurma yg telah dibancuh dgn sedikit air. Masak hingga rempah betul² garing.
3. Tambahkn sedikit dan masukkn daging. Masak atas api yg perlahan hingga daging hampir empuk.
4. Masukkn ubi kentang dan sedikit santan.
5. Bile kentang dh empuk.. masukkn lebihan santan tadi dan masak hingga pecah minyak.

Mittwoch, 19. August 2009

Cahida's Chocolate Mousse Cake


The Base: Simple Chocolate Cake

Ingredients :
(A)- 125g Butter
- 125g Brown/Castor Sugar
- 2 Eggs
- 1/2 tsp Vanilla essence
- 120ml Fresh milk

(B)- 150g Flour ~ sifted
- 20g Cocoa powder ~ sifted
- 1/2 tsp Baking powder ~ sifted

Method :
~ Cream butter and sugar untill light and fluffy.
~ Add eggs one @ a time. And then the vanilla essence.
~ Continue beating untill they are well combined.
~ Gradually fold in the B ingredient and fresh milk into the eggs mixture.
~ Pour the batter into prepared baking pan & bake @ 170°C for 30 minutes.

The Chocolate Mousse :

Ingredients :
- 336g Semisweet Chocolate
- 375ml Heavy Cream
- 250g Sugar (Divide into 2 portion for egg whites)
- 125ml Water
- 4 Eggs ~ separated
- 1 Tbs Coffee
- Pinch of Salt (for egg whites)
- 1 tsp Cream of Tartar (for egg whites)
- 1 Packet Serbuk Agar-agar (optional)
- 1 Packet Vanilla Sugar

Method :
1. Use a non-stick sauce pan to bring the water till boil.
2. Then add the sugar & serbuk agar² and stir constantly until all sugar & serbuk agar² is dissolved.
3. Over a very low heat, add in the chocolate and frequently stir it until u get a smooth mixture.
4. Beat in the egg yolks one at a time.
5. Transfer the egg mixture into a large bowl and let it cool.
6. Whisk the egg whites until foamy and then add in the remaining sugar, a pinch of salt & cream of tartar and continue whisking until they turn white & fluffy.
7. Fold in 1/3 egg whites into the chocolate mixture and follow with remaining 2/3rds.(Fold until no white remains without deflating the batter)
8. Whip the cream until stiff and gently fold 1/3 of it 1st into the chocolate mixture and then fold in the remaining whipped cream.
9. Pour the batter onto the chocolate cake and cover the top with baking paper.
10. Place it in freezer till well set and keep cold until ready to serve.

Kek yg ditempah oleh k.eja(mommy aqidd) utk suami tersayang.. =)

Samstag, 15. August 2009

Pajeri Terung


Bahan² :
3 Biji Terung Panjang ~dikerat 2, kemudian dibelah 2 pulak, pastu belah setiap satu tu jgn sampai putus
3 Biji bawang merah ~ dihiris
1 Ulas bawang putih ~ dihiris
Sedikit Halia ~ dihiris
Sebtg kulit kayu manis
Sekuntum bunga lawang
2 s/b Rempah kari ayam/daging
1 paket Kerisik
Sekeping gula melaka
Sedikit udang kering
1 kotak kecil santan (250ml)
Garam
Gula

Method :
1. Tumiskan bawang², halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga betul² garing.
2. Masukkn rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air dan goreng hingga garing.
3. Tambahkan sedikit air dan kemudian masukkan kerisik dan gula melaka.
4. Masukkan sedikit santan terlebih dahulu kemudian masukkan terung dan udang kering.
5. Bila terung dh hampir layu, masukkan lebihan santan tadi.
6. Last skali cam biasa, perasakn dgn garam dan gula. =)

Freitag, 14. August 2009

Kangkung Goreng Belacan

Bahan² :
Sayur kangkung ~ batang dan daun diasingkan
3 biji Bawang merah ~ ditumbuk
2 ulas Bawang putih ~ ditumbuk
1 biji Cili merah ~ separuh ditumbuk, separuh dihiris
1 s/k Belacan (nk letak lebih or kurg sket pon tape..ikut tahap kesukaan anda kpd belacan)
Sedikit air
Garam

Method :
1. Tumiskan bahan² yg telah ditumbuk hingga naik bau dan sedikit garing.
2. Masukkan batang kangkung telebih dahulu bersama cili merah yg telah dihiris.
3. Garam secukup rasa dan goreng hingga layu.
4. Masukkan sedikit air dan daun kangkung tadi lalu digoreng lg hingga daunnya sedikit layu.